Laporan lawatan ke Pulau Langkawi_
Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini melibatkan 30 orang murid dan tiga guru pengiring. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan tiba di tempat yang dituju kira-kira 4.00 petang.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui sejarah Pulau Langkawi dengan lebih mendalam lagi. Di samping itu, kami dapat melihat pembangunan yang pesat di Pulau Langkawi.
Antara destinasi yang kami lawati termasuklah Telaga Tujuh, Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Aktiviti terakhir ialah membeli-belah di Pekan Kuah. Kami juga sempat mengambil gambar
tempat-tempat bersejarah dan pemandangan yang indah. Rombongan bertolak pulang ke Kuala Lumpur setelah tiga hari berada di sana/
Kami memperoleh pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang memberi manfaat. Justeru, ahli-ahli kelab berharap agar lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.
Laporan disediakan oleh, 28 Ogos 2012
Aiman
Hakim
(Muhammad Aiman Hakim)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan