Salah seorang guru kamu akan bersara. Sebagai ketua murid, kamu dikehendaki memberikan ucapan dalam suatu majlis perpisahan. Tulis ucapan kamu selengkapnya. Panjangnya ucapan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada majlis ini.
Kita sudah maklum bahawa guru yang kita sayangi akan meninggalkan kita. Guru yang saya maksudkan ialah Cikgu Krishna.
Beliau telah mengajar di sekolah ini lebih daripada 20 tahun. Selama bertugas di sekolah ini, beliau telah menjalankan tugas dengan tekun dan sabar. Beliau tidak jemu-jemu memberikan nasihat kepada kita.
Saya mewakili murid-murid kelas ini ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf. Maafkanlah segala kenakalan kami dan kesilapan kami semenjak cikgu mengajar kami.
Kami sentiasa berdoa agar cikgu berbahagia dan masih sudi memberi tunjuk ajar kepada kami walaupun berjauhan.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu. Sekian, terima kasih
1 comment:
How to register a new player account at a casino without risking any
Casino 사천 출장샵 Name: Casino Name: Casino 시흥 출장샵 Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: 계룡 출장마사지 Casino 양산 출장마사지 Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name: Casino Name 안성 출장샵
Post a Comment